Mengenai MPSOnline

Platform pengurusan sekolah digital yang dibangunkan khusus untuk sekolah-sekolah KPM. Serba moden, mesra pengguna dan mampu meningkatkan keberkesanan pengurusan.

Visi Kami

Menjadikan setiap sekolah KPM lebih teratur, efisien dan bersedia menghadapi era digital dengan penyelesaian pengurusan yang ringkas, pantas dan selamat.

Misi Kami

  • Menyediakan alat pengurusan sekolah yang komprehensif tetapi mudah digunakan.
  • Mengurangkan beban kerja pentadbir dan guru.
  • Menyatukan maklumat sekolah dalam satu ekosistem yang tersusun.
  • Memberikan nilai maksimum melalui model Freemium untuk sekolah KPM.

Apa Yang Menjadikan MPSOnline Istimewa?

Percuma Untuk Semua Sekolah KPM

MPSOnline versi sekolah adalah 100% percuma. Hanya Add-On App pilihan yang berbayar.

14 Modul Teras

Mengurus pelbagai komponen penting seperti pentadbiran, kurikulum, HEM & kokurikulum.

Mesra Peranti

Direka untuk digunakan pada komputer, tablet atau telefon pintar dengan lancar.

Sokongan Berterusan

Pasukan kami sentiasa menambah baik fitur dan memberikan bantuan bila diperlukan.

Sejarah Ringkas

MPSOnline dibangunkan setelah kami melihat betapa banyak sekolah memerlukan sistem yang lebih mudah, moden dan fleksibel untuk pengurusan harian. Bermula sebagai projek kecil, kini ia berkembang menjadi sistem komprehensif yang akan terus dipertingkatkan dari masa ke masa.